ZIYAD CARPET SPA
Cucian & Restorasi Lantai Profesional
Di Mana Karpet Kotor Kembali Hidup, Lebih Bersih, Lebih Wangi, dan Lebih Selesa Untuk Sekeluarga.
“Efficient n professional. Highly recommended. Value for your Ringgit. Don’t delay, try today.”
Azmi Atan - Pelanggan
- Bersih 95%
- Kemas 91%
- Wangi / Harum 99%
Ziyad Carpet Spa menyediakan perkhidmatan Cucian & Restorasi Lantai bertaraf profesional untuk ruang kediaman, komersial dan industri. Kami menumpukan kepada pemulihan kebersihan, kilauan dan ketahanan lantai melalui proses kerja yang sistematik, efisien dan selamat mengikut piawaian industri.
Setiap jenis lantai dirawat menggunakan teknik dan bahan khusus, disokong oleh kepakaran teknikal serta peralatan berteknologi tinggi daripada Kärcher, bagi memastikan hasil cucian yang konsisten, mendalam dan tidak merosakkan permukaan.
Skop perkhidmatan
Suci, Bersih dan Harum
.
.
.
(Solid Wood)
(Stone Plastic Composite)
,
Kami komited memberikan hasil yang jelas kelihatan, persekitaran lebih bersih dan selamat, serta nilai jangka panjang untuk rumah, pejabat, hotel, masjid, hospital dan fasiliti industri.
PROSES CUCIAN DAN RESTORASI LANTAI
Suci, Bersih dan Harum
Langkah 1:
Pemeriksaan & Kenal Pasti Jenis Lantai
Jenis lantai seperti marmar, granit, jubin atau vinyl akan diperiksa terlebih dahulu bagi menentukan teknik cucian, mesin dan bahan kimia yang paling sesuai.
Langkah 2:
Pembersihan Awal (Dry Cleaning)
Habuk, pasir dan kotoran kasar akan dibuang menggunakan mesin penyedut atau mop kering bagi mengelakkan calar semasa proses cucian basah.
Langkah 3:
Cucian Mendalam (Deep Cleaning)
Lantai akan dicuci menggunakan mesin floor scrubber dan bahan cucian khas untuk menanggalkan daki, kotoran degil serta kesan hitam yang melekat.
Langkah 4:
Bilasan & Penyedutan Kotoran
Proses bilasan dilakukan bagi membuang sisa bahan cucian, diikuti penyedutan air kotor supaya lantai benar-benar bersih dan tidak melekit.
Langkah 5:
Proses Polish / Wax
Lapisan polish atau wax akan disapu bagi mengembalikan kilauan lantai, melindungi permukaan serta memanjangkan jangka hayat lantai.
Langkah 6:
Pengeringan & Pemeriksaan Akhir
Lantai dibiarkan kering sepenuhnya sebelum pemeriksaan akhir dilakukan untuk memastikan kebersihan, kilauan dan keselamatan permukaan.





