Ramai yang mengalami masalah gatal-gatal kulit, bersin atau rasa tidak selesa di rumah, tetapi tidak menyedari puncanya mungkin datang daripada karpet yang jarang dicuci secara menyeluruh. Walaupun karpet kelihatan bersih, ia boleh menyimpan enzima, kuman, bakteria dan habuk halus di dalam seratnya.
Enzima terhasil daripada sisa organik seperti tumpahan makanan, peluh, kotoran kasut, sisa haiwan peliharaan dan kelembapan. Apabila sisa ini terperangkap lama di dalam karpet, ia menjadi medium pembiakan bakteria dan alergen yang boleh mencetuskan masalah kulit dan pernafasan, terutamanya kepada kanak-kanak dan warga emas.
Karpet mudah menyimpan enzima kerana strukturnya yang menyerap habuk dan kelembapan. Vacuum biasa hanya membersihkan permukaan, manakala kotoran di lapisan dalam masih kekal. Sebab itu, rumah boleh kelihatan bersih tetapi masalah alahan tetap berlaku.
Antara tanda karpet perlu dicuci segera ialah bau hapak, karpet terasa lembap, warna kusam, dan ahli keluarga kerap menggaru atau bersin apabila berada di ruang tamu.
Mencuci karpet secara berkala sangat penting untuk:
- Menyingkirkan sisa enzima dan alergen
- Mengurangkan risiko gatal dan iritasi kulit
- Menjadikan rumah lebih bersih dan selamat
- Memberi keselesaan kepada seisi keluarga
Di Ziyad Carpet Spa, kami menyediakan perkhidmatan cucian karpet profesional yang menyeluruh untuk membantu menanggalkan sisa enzima, kuman dan habuk halus di dalam serat karpet. Karpet akan dibersihkan dan dikeringkan dengan sempurna supaya selamat digunakan.
๐งผ Karpet yang benar-benar bersih membantu melindungi kesihatan keluarga.
Ziyad Carpet Spa Insyaallah boleh membantu.