1000 REVIEW ![]()
![]()
![]()
![]()
![]()
ZIYAD CARPET SPA
ALHAMDULILLAH… HARI INI KITA CAPAI SATU LAGI SEJARAH. ![]()
1,000 REVIEW. 5 BINTANG.
Bagi sesebuah bisnes servis, angka ini bukan sekadar nombor.
Di sebalik 1,000 review 5 bintang ini ada ribuan karpet yang kami angkat, cuci, bilas, keringkan, periksa dan hantar semula kepada pelanggan.
Ada penat lelah, ada kesilapan yang kami belajar daripadanya, ada tekanan, ada teguran, ada air mata… dan paling penting, ada sebuah pasukan yang tidak pernah berhenti mencuba untuk memberikan yang terbaik.
Nak dapat satu review 5 bintang mungkin mudah.
Tetapi untuk cuba mengekalkan kepercayaan sehingga 1,000 pelanggan sanggup memberikan 5 bintang, itu satu amanah yang sangat besar.
Tahniah Team Ziyad Carpet Spa. Ini pencapaian kita bersama.
Sejak hari pertama Ziyad Carpet Spa ditubuhkan, nama “Ziyad” bukan dipilih sekadar untuk menjadi sebuah jenama.
Ia adalah nama anak istimewa aku, Muhammad Ziyad Aryan.
Seorang anak yang mengajar aku tentang sabar. Tentang kekuatan. Tentang bertahan ketika hidup tidak berjalan seperti yang kita rancangkan. Tentang bersetuju apa sahaja ketentuan Tuhannya.
Aku selalu pegang satu perkara…
Kalau Ziyad yang terlantar itu pun aku mahu jaga dengan sebaik-baiknya, maka apa sahaja yang membawa namanya juga mesti aku jaga dengan sebaik-baiknya.
Sebab itu nama Ziyad Carpet Spa membawa satu tanggungjawab yang sangat peribadi buat aku.
Ada masa kita jatuh.
Ada masa kita hampir hilang arah.
Ada badai yang datang satu demi satu.
Tetapi Alhamdulillah, Allah masih izinkan kami berdiri sampai hari ini.
Kepada isteriku, terima kasih kerana sentiasa berada di belakang perjuangan ini.
Kepada keluargaku, terima kasih kerana memahami segala pengorbanan di sebalik perjalanan membina Ziyad Carpet Spa.
Kepada seluruh Team Ziyad Carpet Spa, setiap seorang daripada kalian ada bahagian dalam pencapaian ini. Terima kasih kerana bekerja dengan ikhlas, jujur dan penuh dedikasi.
Dan paling istimewa…
Buat anakku, Muhammad Ziyad Aryan. ![]()
Walaupun hari ini kau masih terlantar dan sedang melalui perjuanganmu sendiri, nama dan semangatmu terus hidup dalam setiap langkah yang abah lakukan.
Mungkin kau tidak tahu sejauh mana namamu telah pergi.
Tetapi hari ini, 1,000 pelanggan telah memberikan endorse jenama yang membawa namamu.
Terima kasih kepada SEMUA PELANGGAN ZIYAD CARPET SPA yang telah mempercayai kami selama ini.
Daripada 1 review… kini 1,000 review.
Daripada sebuah anak kecil yang terlantar… menjadi sebuah perjuangan. menjadi payung buat ramai orang…
ALHAMDULILLAH. ![]()
Nota : Kalian boleh baca 1000 review di sini : https://share.google/IFHPdiBpPCWMyzU6W